19 Feb 2013

LELAKI: Rupa Paras Lebih Mahal Dari Kebahagiaan.


bukan pertama kali hati aku terluka apabila seseorang lelaki bercakap atau luahkan perasaan dia pasal rupa dan saiz badan aku. HIPOKRITnya bila ada yang kata "cantik itu hanya subjektif ", "rupa paras tak penting, yang penting hati", "terima awak seadanya walaupun awak gemuk atau kurus", "tak kisah rupa awak, nak kawan  je" dan banyak lagi kata-kata hipokrit dari mulut manusia. tapi hakikatnya ?? 10% sahaja lelaki kat dunia ni yang bahagia, dan tak malu dengan rupa paras pasangan yang gemuk dah buruk. kalau nak dibandingkan dengan perempuan yang sangat-sangat cantik sempurna, tetapi lelaki yang tak der rupa dan tak sempurna, sangat ramai bilangannya. 

kebanyakkan lelaki tinggalkan aku sebab aku gemuk, sebab rupa aku yang tak cantik. diorang yang tinggalkan aku ni, semuanya malu untuk kenal kan aku dengan kawan-kawan, atau saudara diorang. mungkin malu dikutuk 'BODOH' sebab pilih perempuan yang tak ada paras rupa macam aku ni, sedangkan, lebih ramai lagi perempuan yang lebih cantik. atau mungkin, bagi diorang, perempuan gemuk, dan hodoh macam aku ni, nampak jahat, nampak menakutkan, nampak teruk, atau bila nampak perempuan gemuk, diorang nampak macam seekor DAJAL yang tak patut hidup kat muka bumi, perempuan gemuk macam aku patut dihapuskan dan mungkin diorang nampak perempuan gemuk ni dosa dia sama besar dengan saiz badan dia. 

Lebih teruka lagi, bila lelaki tu pada awalnya berpura-pura seolah-olah boleh terima kekurangan perempuan gemuk ni (aku), buat aku yang gemuk ni berharap sangat-sangat kat dia, buat aku rasa bahagia dengan dia, buat aku rasa sayang sangat kat dia, buat aku rasa dia ada lah yang terbaik kalau dibanding kan orang lain sampai hati aku betul-betul nekad, tinggalkan yang lain dan pilih dia, tapi, akhirnya, ape yang terbuku kat hati dia, terbukti yang dia tak boleh terima kekurangan aku, sampai akhirnya dia luahkan kata-katanya untuk suruh aku kuruskan badan, sebab dia malu didepan kawan-kawan dia, atau, dia takut bila dia jadi artis nanti, dia dah ada peminat, dan bila peminat dia semua tau yang kekasih dia berbadan GEMOK GEDEMPOL macam aku ni, peminat-peminat dia akan lari. Nasib baik hubungan aku dengan dia tak sampai sebulan aku dah nampak sikap sebenar dia. salah aku sebab baru kenal beberapa hari, aku dah sayang dia lebih-lebih. aku dah layan dia macam raja. mungkin dia rasa tak berbaloi selama kenal aku, dia banyak berkorban untuk perempuan yang tak ada rupa macam aku ni. Sumpah, masa aku tulis blog ni, hati aku rasa macam nak pecah, atau kalau aku boleh bedah hati aku jantung aku, mungkin dah berdarah-darah. tiba-tiba aku rasa jiwa aku mati. 

selama ni aku cakap kat diri aku sendiri, "AKU NAK ORANG TERIMA AKU DALAM KEADAAN AKU YANG MASIH GEMUK DAN HODOH NI, BILA ADA YANG DAH TERIMA AKU, TANPA DISURUH, TANPA DI PAKSA, AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK CANTIKKAN DIRI AKU, HADIAH DIATAS KEIKHLASAN DAN KESUDIAN DIA TERIMA AKU". Yes, aku pernah cakap banda ni pada dia, tapi aku tak pasti dia dengar atau tidak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri agaknya. kenapa aku boleh terima kekurangan seseorang lelaki itu dengan seadanya, dengan ikhlas hati, tapi, diorang tak boleh terima aku macam mana aku terima diorang ?

ye lah, aku sedar, bila seseorang perempuan tu kurus, cantik, putih gebu, bermakna hati dia baik, lemah lembut, penyanyang, manja, ambil berat, jujur, setia, kelakar, tak sombong, tak menipu. Pakej lengkap !! 
aku ni perempuan gemuk, mana ada semua tu. satu pun ciri-ciri yang ada pada perempuan yang lawa tak ada pada aku. Yes !! betul.. aku manusia paling hina sekali.. paling hina dimata manusia.. 

Ya Allah, hanya kau saje yang tahu betapa pedihnya hati ni. Apa besar dosa perempuan macam aku ni ? bukankah kau dah ciptakan aku seindah-indah ciptaan ? bukankah kau telah mencipta aku dengan kesempurnaan ? tapi, kenapa masih ada manusia yang tak bersyukur ? kenapa masih ada lagi manusia yang menghina ciptaanmu Ya Allah ? Ya Allah, aku redha jika kau butakan mata mereka yang tidak mensyukuri keindahan ciptaanmu.. Agar mereka belajar erti bersyukur dengan nikmat yang telah engkau berikan.. Amin.. 





p/s :: beruntunglah mereka ni.. jumpa lelaki yang mencintai kekurangan mereka.. BUKAN MENCINTAI RUPA MEREKA.











No comments:

Post a Comment